Jenayah

Tunang maut kemalangan, impian kahwin berkecai

kmalangan jln raya 1

TUMPAT – Hasrat seorang pemuda bersama tunangnya  melangsungkan perkahwinan berkecai apabila dia terbunuh selepas motosikal yang ditunggangi mereka hilang kawalan dan melanggar belakang lori di kilometer 11.5 jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor dekat Chabang Empat.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam kelmarin, mangsa, Eh Pian Eh Pooi, 33, dari Kampung Kubang Bemban di sini mati di tempat kejadian.

Manakala tunangnya, Sukoi Eh Boon, 26, dari Kampung Kubang Panjang di sini, cedera parah di kepala dan tangan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Adik Sukoi, Umi Eh Bon, 22, berkata, kakaknya akan melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya itu pada September ini setelah tiga tahun mereka mengikat tali pertunangan.

“Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bakal abang ipar saya itu menjemput kakak saya di tempat kerjanya di Kota Bharu.

“Tetapi sebelum terlibat dengan kemalangan itu, mereka singgah di tempat kerja ibu saya di kedai makan di Wakaf Bharu,” katanya.

Menurutnya, pada petang kejadian itu, motosikal mangsa rosak dan meminjam motosikal ayah tunangnya untuk menjemput kakak.

“Saya mengetahui kemalangan ini selepas dihubungi oleh rakan, padahal ketika kejadian itu berlaku saya berada di sekitar Chabang Empat membeli barang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Zaharudin Rasip berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu lori jenis Isuzu dalam perjalanan dari Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor.

“Sampai di tempat kejadian, tiba-tiba motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang mangsa bersama pembonceng itu dipercayai mengekori rapat lori tersebut.

“Motosikal tersebut dari arah yang sama dengan lori itu telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan lori,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera parah di kepala dan di dada mati di tempat kejadian manakala pemboncengnya dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zaharudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");