Jenayah

Ubat tidak berdaftar dirampas

ubat

JERTIH – Sindiket menggunakan warga emas wanita untuk menjual pelbagai minyak urut dan ubat tanpa kelulusan, tumpas apabila kenderaan yang membawa mereka ditahan dalam sekatan jalan raya di Seberang Jertih, malam kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan negeri, Mohd Zawawi Abdullah berkata, dalam sekatan kira-kira jam 10.30 malam itu, pihaknya menahan sebuah van yang mencurigakan untuk pemeriksaan.

Menurutnya, van tersebut dinaiki beberapa wanita berusia lebih 50-an dengan dipandu seorang lelaki, selain terdapat beberapa bungkusan dan kotak mengandungi botol berisi minyak urut termasuk ubat tidak berdaftar.

“Ubat dijual secara tidak berdaftar dan tiada lesen kementerian itu dikhuatiri mengandungi bahan racun berjadual yang boleh memberi kesan buruk kepada pengguna. Ubat itu kita rampas untuk siasatan lanjut. Mereka dikatakan dari Kedah ke sini (Jertih) untuk jual barangan itu di kampung-kampung dengan mengupah warga emas wanita,” katanya dalam operasi membabitkan10 kakitangan itu.

Mohd Zawawi berkata, pihaknya terpaksa merampas semua ubatan tersebut kerana menyalahi peraturan dan berisiko kepada pengguna.

Sekatan jalan raya itu dilancarkan bersama PDRM yang menjalankan Ops Warta Khas berkuat kuasa 16 Jun lalu bagi mengesan pesalah trafik yang enggan menyelesaikan waran tangkap mereka.

Operasi diketuai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Besut, Asisten Superintendan Abdul Halim Abdullah.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");