Jenayah

Ugut cederakan bapa guna cangkul

ugut cedera bapa

KUALA TERENGGANU – Seorang pemuda tergamak menggunakan sebatang cangkul untuk mengugut mahu mencederakan bapa sendiri yang juga seorang warga emas.

Bagaimanapun, perbuatan pemuda berkenaan, Nazri Mohamad, 26, dari Tepoh, di sini, akhirnya menerima pembalasan setelah dijatuhi hukuman 15 bulan penjara oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Hukuman itu diputuskan selepas dia mengaku salah melakukan ugutan jenayah terhadap bapanya, Mohamad Ali, 67, dengan menggunakan sebatang cangkul dan mengugut mahu mencederakannya, dengan niat hendak menyebabkan mangsa ketakutan.

Nazri mengaku melakukan kesalahan itu pada 3 April lalu, kira-kira jam 10 malam di kediaman mereka di Kampung Petaling, Tepoh, di sini.

Dengan itu, dia mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Berdasarkan fakta kes, semasa bapa malang itu sedang berehat di rumah kira-kira jam 10 malam 3 April lalu, dia dikejutkan dengan kehadiran tertuduh dalam keadaan mengamuk dan mengejar sebelum mengugut dirinya dengan menggunakan sebatang cangkul.

Bagaimanapun, bapanya itu berjaya menyelamatkan diri sebelum insiden itu disedari anak sulungnya yang cuba masuk campur dengan menghalang tertuduh daripada terus bertindak biadab terhadap bapa mereka, tetapi tidak berjaya.

Bimbang bapa mereka dan ahli keluarga lain diapa-apakan tertuduh, anak sulung mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Batu Rakit, kira-kira jam 1.15 pagi dan kira-kira jam 12.30 tengah hari pada hari sama, tertuduh berjaya ditangkap.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");