Berita Hari Ini

Uji kaji berbeza punca kekeliruan

dna cabury

SERDANG – Perbezaan keputusan ujian DNA babi pada produk Cadbury yang timbul antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan adalah kerana kaedah uji kaji digunakan berbeza antara kedua-dua makmal.

Ketua Laboratori Perkhidmatan Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dzulkifly Mat Hashim berkata, setiap makmal yang membangunkan proses uji kaji tidak tertakluk kepada kaedah ujian tertentu.

“Teknik yang digunakan tidak sama kerana perancangan membangunkan setiap makmal untuk proses uji kaji adalah berbeza.

“Jadi perbezaan hasil keputusan ini sudah saya jangka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, perbezaan yang timbul pada keputusan adalah kerana tiada garis panduan tertentu bagi menyelaraskan kaedah ujian setiap makmal.

“Makmal yang berbeza menggunakan teknik yang berbeza, kejituan yang berbeza. Kalau kaedah digunakan berbeza akan mewujudkan rantaian hasil yang boleh membawa kepada keputusan berbeza.

“Kemungkinan (perbezaan keputusan) ini boleh berlaku. Teknik untuk menguji DNA ini banyak selain menggunakan alat ujian dan cara pengekstrakan bahan yang berbeza. Mungkin alat ujian itu sesuai digunakan untuk produk tertentu sahaja,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, satu bentuk penyelarasan perlu dibincangkan secara teliti agar perkara seumpama ini tidak berulang.

“Kita sedang usahakan satu bentuk penyelarasan melibatkan semua makmal kerajaan dan agensi lain yang terlibat bagi membolehkan ujian yang diperolehi adalah sama,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");