Jenayah

Vendor surat khabar kena samun

ibu jari patah

BANDARAYA MELAKA – Sekumpulan lima lelaki berpura-pura bertanya tempat sebelum memukul seorang pengedar surat khabar menggunakan parang dan melarikan beg pinggang (porch bag) mengandungi RM70 di Ujong Pasir, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, Yeo Han Boon, 63, mengalami kecederaan di kepala kerana dipukul beberapa kali yang menyerangnya ketika hendak menghantar surat khabar di Kampung Atap.

Warga emas yang menetap di Banda Hilir itu menerima tujuh jahitan di kepala turut patah ibu jari tangan dan menerima tiga jahitan akibat serangan tersebut.

Han Boon berkata, sebelum kejadian dia yang membelok masuk ke jalan utama Kampung Atap dan melalui cermin pandang belakang dia tidak melihat sesiapa di hadapan mahupun di belakang.

“Apabila sampai di rumah ketiga, tiba-tiba saya didatangi tiga motosikal dinaiki lima lelaki sebelum salah seorang bertanya mengenai satu lokasi dan seorang lagi mencabut kunci motosikal saya.

“Dalam masa sama, seorang lelaki lain memukul belakang badan saya menggunakan parang. Saya yang terkejut cuba mempertahankan diri dengan tangan tetapi terus dipukul termasuk bahagian kepala walaupun selepas topi keledar tertanggal dan jatuh di atas jalan,” katanya.

Menurutnya, dia menjerit ‘curi, polis datang’ apabila beg pinggangnya diambil yang kemudian didengari penduduk kampung lalu menghidupkan lampu rumah menyebabkan kesemua lelaki terbabit lari.

“Saya yang sudah rebah di atas jalan raya dibawa ke Hospital Melaka dengan bantuan penduduk kampung yang kemudian memaklumkan kepada ahli keluarga saya,” katanya.

Han Boon berkata, dia kebiasaannya keluar seawal jam 5 pagi untuk menghantar surat khabar kepada pelanggan kini trauma dan berhasrat untuk bersara.

“Saya fikir mungkin selepas ini saya keluar lewat sedikit kebiasaan dari rumah atas faktor keselamatan namun saya juga kini mempertimbangkan untuk bersara selepas apa yang terjadi,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");