Jenayah

Wanita, anak nyaris maut rumah terbakar

nyaris maut

TAIPING – Seorang wanita dan anaknya nyaris maut selepas rumah didiami terbakar dalam kejadian di Desa Aulong Utama Tycoon Villa, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Penolong Penguasa Hasna Rashid berkata, dalam kejadian jam 8.26 malam itu, kedua-dua mangsa berjaya menyelamatkan diri daripada terperangkap.

Menurutnya, mangsa Peh Wei Ling, 35, dipercayai melecur di tangannya manakala anaknya, Kim Sher De, 4, mengalami sesak nafas dan turut melecur di tangan.

“Kebakaran membabitkan bahagian dapur dan bilik kediaman itu yang musnah sehingga 20 peratus,” katanya kepada Sinar Harian, sini semalam.

Hasna berkata, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

Katanya, tiga jentera dengan kekuatan 11 anggota termasuk pegawai terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran itu.

“Kita berjaya sampai di tempat kejadian, kira-kira jam 8.35 malam dan api dapat dikawal tiga minit kemudian. Keseluruhan operasi tamat pada jam 9 malam,” katanya.

Hasna berkata, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");