Jenayah

Wanita warga asing ditahan tawar khidmat seks

GEORGETOWN – Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan enam wanita rakyat asing dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran dalam serbuan di hotel bajet sekitar Jalan Penang dan Lebuh Chulia, awal hari ini.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri Basri Othman berkata mereka yang ditahan dalam operasi pada 2 pagi itu ialah dua warga Laos, dua Indonesia, seorang Vietnam dan seorang Nigeria berumur antara 20-an dan 30-an.

“Lima daripada mereka menggunakan pas lawatan sosial manakala seorang lagi warga Nigeria masuk ke negara ini dengan pas pelajar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hasil risikan dan pemantauan selama dua minggu mendapati wanita berkenaan menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan mereka dengan kadar bayaran serendah RM120 hingga RM150.

Beliau berkata, warga asing itu dihantar ke Depo Tahanan Imigresen, Juru untuk siasatan mengikut Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas masuk ke negara ini. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");