Jenayah

Warga emas rentung di bilik air

bakar 3

Semporna: Seorang lelaki warga emas ditemui rentung di bilik air dalam kejadian kebakaran membabitkan 12 rumah di Kampung Inabah Kamal, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira? 10.30 malam, mangsa Abdul Gapar Nama, 78, dipercayai cuba berselindung di dalam bilik air,namun api marak menyebabkannya terperangkap.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Mohd Razali Awang Ahmad ?berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.57 malam dan seramai 12 anggota bersama dua jentera dikejar ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, bomba mendapati 12 rumah sedang terbakar dan operasi memadam kebakaran segera dimulakan.

“Api berjaya dikawal dan padam sepenuhnya pada 3.38 pagi. Hasil pemeriksaan menemui seorang lelaki warga emas rentung di bilik air salah sebuah rumah yang terbakar,” katanya.

Mohd Razali berkata, anggaran kerugian, punca kebakaran dan bilangan keluarga terbabit masih dalam siasatan.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");