Jenayah

Warga Myanmar Maut, Rakan Parah Dalam Pergaduhan

BUKIT MERTAJAM: Seorang warga Myanmar maut manakala rakannya cedera parah dalam pergaduhan di tapak pembinaan Taman Akasia di Mengkuang Titi, Ara Kuda di sini tengah malam Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Supt Baharom Abu berkata pergaduhan melibatkan dua kumpulan warga Myanmar.

Beliau berkata semua pihak yang terlibat dalam pergaduhan melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis di tempat kejadian.

“Kita hanya menemui mayat seorang lelaki dalam longkang dengan beberapa kesan tikaman di badan dan kepala serta seorang lagi lelaki cedera parah,” katanya ketika dihubungi.

Baharom berkata pergaduhan yang melibatkan lebih 20 pekerja pembinaan tersebut dipercayai berlaku akibat perselisihan faham.

“Berdasarkan maklumat awal, mereka yang tinggal di rumah kongsi di tapak pembinaan itu mula berperang mulut sebelum ia berlarutan hingga berlaku pergaduhan dengan menggunakan senjata tajam,” katanya.

Pihak polis belum menahan mana-mana pihak sementara rumah kongsi berkenaan telah kosong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");