Sukan Hari Ini

Wimbledon: Federer, Nadal Mara Ke Pusingan Keempat

federer

JUARA tujuh kali Roger Federer hanya memerlukan 81 minit untuk mara ke peringkat 16 terakhir di Wimbledon dengan kemenangan 6-3 6-1 6-3 ke atas pemain Colombia Santiago Giraldo pada Sabtu.

Federer pada mulanya mensia-siakan sedikit masa terhadap lawannya, dengan kesilapan servis pada set pertama namun kemudian bangkit melalui set kedua.

Giraldo, pemain nombor 35 cuba menyekat kemaraan Federer set ketiga tetapi pemain pilihan keempat ini tidak melepaskan cengkamannya.

Federer mengalami kejutan kekalahan pusingan kedua di sini tahun lalu tetapi memenangi kejohanan terbuka Gerry Weber di Jerman awal bulan ini dan berkata beliau gembira dapat mengekalkan persembahannya.

“Saya amat gembira kerana terus mara. Tahun lepas saya tewas pada pusingan kedua jadi saya menyedari tentang bahayanya pemain tertentu di gelanggang ini,” jelasnya.

“Anda sentiasa bimbang tentang minggu pertama. Rumput memainkan keadaan berbeza pada minggu kedua, anda boleh melakukan beberapa perkara yang berbeza mengikut cuaca.

Federer akan bertemu Tommy Robredo pada pusingan keempat selepas pemain Sepanyol itu mengalahkan Jerzy Janowicz 6-2 6-4 6-7 (5) 4-6 6-3.
Sementara itu cabaran terhadap pilihan utama perseorangan wanita, Serena Williams untuk meraih gelaran keenam Wimbledon lenyap selepas dikejutkan dengan kekalahan 1-6 6-3 6-4 kepada pemain Perancis Alize Cornet.

Keputusan penuh perseorangan lelaki (pusingan ketiga), Sabtu.

Tommy Robredo – Jerzy Janowicz 6-2 6-4 6-7(5) 4-6 6-3

Nick Kyrgios – Jiri Vesely 3-6 6-3 7-5 6-2

Milos Raonic – Lukasz Kubot 7-6(2) 7-6(4) 6-2

Roger Federer – Santiago Giraldo 6-3 6-1 6-3

Rafael Nadal – Mikhail Kukushkin 6-7(4) 6-1 6-1 6-1

Keputusan penuh perseorangan wanita (pusingan ketiga).

Cornet – Williams 1-6, 6-3, 6-4

Sharapova – Riske 6-3, 6-0

Kerber – Flipkens 3-6, 6-3, 6-2

Bouchard – Petkovic 6-3, 6-4

Diyas – Zvonareva 7-6, 3-6, 6-3

Halep – Bencic 6-4, 6-1

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");