Sukan Hari Ini

Yanks tak gentar!

yanks

PENJAGA Gol Amerika Syarikat (AS), Tim Howard akui mereka dalam keadaan bersedia untuk berdepan juara dunia tiga kali, Jerman dalam pertemuan terakhir Kumpulan G, tengah malam ini.

Howard yang tampil cemerlang ketika perlawanan menentang Portugal, Isnin lalu berharap dapat mengulangi aksinya dan membantu The Yanks mara ke pusingan kedua Piala Dunia 2014.

Untuk rekod, keputusan seri di Recife sudah memadai buat kedua-dua pasukan melangkah ke kelompok 16 pasukan terakhir.

“Kami ada peluang untuk keluar dari kumpulan maut. Atmosfera dan aura positif ketika sesi latihan menambah lagi keyakinan itu.

“Dalam bola sepak tiada yang mustahil. Kami perlu percaya kerana kami sudah berada di landasan tepat.

“Paling penting, kami perlu elak kesilapan yang boleh menghancurkan impian pasukan,” kata Howard.

Nada sama disuarakan pertahanan AS, Matt Besler yang percaya Howard mampu menangkis percubaan berbahaya Jerman.

“Dia (Howard) sudah buktikan kemampuan semasa menentang Portugal. Dalam perlawanan itu, Howard menangkis tiga atau empat percubaan berbahaya Portugal yang datang dari setiap sudut.

“Jadi, dia memang harapan kami. Apabila dia yakin, secara automatiknya kami yang beraksi di bahagian pertahanan turut mendapat semangat sama,” katanya.

Bagi pengendali AS, Jurgen Klinsmann, beliau sudah mengetepikan nilai sentimental apabila berdepan negara kelahirannya di Brazil.

Untuk rekod, Klinsmann pernah membantu Jerman Barat menjulang Piala Dunia pada edisi 1990 dan menjadi ketua jurulatih Jerman pada 2006.

“Inilah Piala Dunia. Anda harus mengawal emosi dan tidak terbawa-bawa dengan kenangan silam.

“Apa pun, kami sudah bersedia dan kutip mata bila bertemu Jerman nanti,” ujar Klinsmann.

Pada edisi Piala Dunia di Afrika Selatan empat tahun lalu, AS berjaya melangkah ke kelompok 16 pasukan terakhir sebelum disingkirkan Ghana.

Pencapaian terbaik The Yanks di Piala Dunia ialah beraksi sehingga peringkat suku akhir dalam edisi 2002 di Korea Selatan dan Jepun.

Pasukan yang menyingkirkan mereka ketika itu ialah Jerman.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");