Sukan Hari Ini

Zainal tekad ulangi pencapaian 2006

zainal

Kuantan: Zainal Abidin Hassan (gambar) yang membantu Pahang muncul juara Piala FA pada 2006 buat kali pertama berhasrat mengulangi pencapaian gemilang itu pada final piala itu di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Pengendali skuad Tok Gajah itu berkata, kejayaan lapan tahun lalu diharap berulang bagi meraikan detik manis bersama Pahang selepas mengambil alih tugas Ronald Smith pada Februari lalu.

Katanya, kejuaraan pertama yang diraih Pahang pada 2006 tidak dapat diluahkan dengan kata-kata dan sudah pasti peluang terbaik pada musim ini tidak harus dilepaskan untuk mengucup kejuaraan.

“Saya masih ingat apabila Pahang muncul juara selepas menewaskan Perlis pada 2006. Sudah pasti sebagai jurulatih saya mahu mengulangi pencapaian terbaik itu pada musim ini.

Bukan tugas mudah

“Bagaimanapun, ia bukan tugas mudah untuk mencapai kejayaan kerana pemain perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menyekat FELDA United FC, Sabtu ini.
“FELDA United juga berada pada prestasi terbaik terutama menyekat impian Kelantan yang juga juara bertahan,” katanya semalam.

Bagi memastikan skuad kendaliannya itu benar-benar bersedia, Zainal Abidin memilih Temerloh sebagai sesi latihan terakhir selama tiga hari bermula kelmarin dalam usaha membentuk sebuah pasukan yang mantap.

Seperti aksi separuh akhir Piala FA ketika bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) lalu, bekas pemain kebangsaan itu turut memilih padang Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) sebagai pencetus semangat dan motivasi.

“Diharapkan pemilihan Temerloh memberi tuah sebelum bertolak ke Stadium Shah Alam Jumaat ini. Tumpuan saya bukan saja taktikal, malah tahap konsentrasi dalam kalangan pemain yang diberi keutamaan.

“Setakat ini, semua pemain berada pada tahap terbaik untuk berdepan FELDA United yang dianggap pasukan setaraf Liga Super,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");