Berita Hari Ini

11 penduduk terkorban akibat taufan di Filipina

SEORANG penunggang motosikal terjatuh ekoran tiupan angin kencang yang dibawa taufan Rammasun di Manila semalam:-

MANILA – Taufan Rammasun yang melanda Filipina semalam menyebabkan ibu kota negara ini lumpuh mana- kala 11 penduduk dilaporkan maut dan beribu-ribu lagi terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.

Angin kencang sekuat 250 kilometer menyebabkan atap rumah tercabut, sejumlah kereta terbalik dan pokok tumbang di Manila manakala beberapa perkampungan nelayan terpencil.

Seorang penarik beca, Pedro Rojas, 35, cedera di kepala selepas kenderaan- nya terbalik akibat ditiup angin kencang ketika sedang melalui sebatang jalan raya di Manila.

“Saya ingat saya akan mati selepas beca saya terbalik sebanyak dua kali selepas ditiup angin kencang.

“Saya keluar rumah untuk mencari minyak sebagai langkah persediaan sekiranya saya dan keluarga perlu berpindah,” katanya.

Seramai 11 mangsa dilaporkan terkorban selepas dihempap pokok dan tiang elektrik yang tumbang di utara Filipina.

Majlis pengurusan bencana kebangsaan melaporkan lima kematian mana- kala pihak berkuasa mengesahkan enam lagi kematian.

Salah seorang mangsa yang terkorban adalah seorang anggota penyelamat di bandar ini yang maut selepas sebuah bangunan kerajaan runtuh di Manila.

Dua warga emas pula dilaporkan mati selepas dihempap pokok tumbang di sebuah lokasi terpencil di sebuah daerah berdekatan Manila.

– AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");