Jenayah

13 PATI kena cekup

warga asing

Johor Bahru: Seramai 13 lelaki warga asing ditahan dalam pemeriksaan di kawasan rumah kongsi di Taman Saujana, Plentong di Johor Bahru, awal pagi tadi.

Kesemua yang ditahan itu berusia antara 15 tahun hingga lingkungan 40-an dan berasal dari Indonesia, Myanmar serta Bangladesh.

Mereka ditahan selepas sepasukan anggotan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Johor Kharulanuar Abu Bakar membuat pemeriksaan terhadap 73 warga asing di kawasan rumah kongsi terbabit jam 1.15 pagi.

Penolong Pengarah yang juga Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor Masri Adul berkata, warga asing ditahan selepas didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Menurutnya, kesemua warga asing terbabit kemudiaannya ke pejabat imigresen Bahagian Penguat Kuasa di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika.

-MEtro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");