Berita Hari Ini

1,404 Premis Makanan Diperiksa Di Terengganu Sempena Ramadan

apron

HULU TERENGGANU: Sebanyak 1,404 premis makanan daripada keseluruhan 4,500 premis di negeri ini diperiksa bagi memastikan kebersihan sejak awal Ramadan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, pemeriksaan dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata dalam pemeriksaan itu, sebanyak 146 sampel makanan diambil untuk diuji yang jika didapati keputusannya tidak memuaskan, pemilik premis akan dikenakan tindakan.

Beliau berkata demikian ketika melawat Bazar Ramadan Kuala Berang di sini yang turut dihadiri Anggota Parlimen Hulu Terengganu Datuk Jailani Johari yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, isterinya Toh Puan Siti Nurbiha Mohd Bisharuddin, Ketua Pemuda Umno Negeri, Johari Abu Bakar serta Ketua Puteri Umno Negeri, Rozita Ismail.

Terdapat 4,500 premis di 61 Bazar Ramadan di Terengganu iaitu 2,265 di Kuala Terengganu, Dungun (590), Besut (460), Kemaman (385), Marang (292), Hulu Terengganu (256), serta Setiu (252).

Sementara itu, Jailani meminta peniaga di Hulu Terengganu supaya meletak tanda harga makanan bagi mengelak kekeliruan pembeli.

Beliau turut mengagihkan apron kepada para peniaga.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");