Sukan Hari Ini

’20 minit pujuk Fabregas’

fabregas

PENGENDALI Chelsea, Jose Mourinho mengungkapkan beliau hanya perlukan 20 minit  untuk meyakinkan Cesc Fabregas agar bergabung ke Chelsea.

Seperti diketahui, bekas kapten Arsenal tersebut menyertai The  Blues dari Arsenal pada musim panas ini dengan jumlah biaya yang disebut mencapai RM135 juta.

Menurut Mourinho, beliau mendapat khabar Fabregas ingin kembali ke Liga Perdana Inggeris dan segera pantas mengadakan perbincangan supaya berhijrah ke Stamford Bridge.

“Saya berbicara dengannya 20 minit. Saya fikir dia benar-benar ingin bergabung dengan kami.

“Seperti yang anda ketahui, Arsenal memiliki pilihan untuk menjadi watak ‘pengganggu’ tapi saya fikir Fabregas bukan orang macam itu.

“Ini pekerjaan mudah bagi saya,” katanya.

Selain Fabregas, Chelsea musim panas ini juga berjaya mendatangkan Diego Costa, Filipe Luis dan pemain muda Hajduk Split serta Mario Pasalic.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");