Jenayah

3 beranak maut nahas empat kereta

kemalangan

Kuala Lumpur: Sepasang suami isteri serta bayi perempuan mereka berusia sembilan bulan maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 4 Jalan Hamzah di Kuala Kubu Bahru, kelmarin.

Helizam Ali Nafiah, 27, yang memandu PERODUA Viva, tersepit di tempat duduknya dalam kejadian jam 2 petang itu, manakala isteri, Natasha Mohamad, 27, dan bayi mereka, Nurul Hannan Helizam tercampak keluar dari kenderaan.

Nurul Hannan maut dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB), manakala ibunya disahkan meninggal dunia ketika dirawat di unit kecemasan hospital sama. Helizam yang parah sebahagian badan serta kaki, dihantar ke Hospital Selayang, namun disahkan meninggal dunia dalam rawatan.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Shukri Yaacob, berkata kemalangan dipercayai berpunca apabila sebuah Toyota Avanza dipandu seorang wanita dari arah Rasa ke Kuala Kubu Bahru, dikatakan hilang kawalan apabila cuba mengelak seekor binatang yang tiba-tiba melintas jalan.

Kereta terbabas

“Akibatnya, kenderaan wanita itu bergesel dengan sebuah PROTON Exora yang kemudian terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung kenderaan dinaiki tiga beranak itu. Ia kemudian berlanggar pula dengan PROTON Inspira yang dipandu seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor,” katanya.

Katanya, pemandu dan penumpang kenderaan lain hanya cedera ringan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");