Perak Hari Ini

1,000 Peserta Sertai Himpunan Aman Palestin

Dianggarkan hampir 1,000 rakyat Perak menghadiri perhimpunan Aman Palestin di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh, malam tadi sebagai tanda sokongan terhadap Palestin.

Perhimpunan itu turut disertai ahli Pemuda UMNO Perak dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Perak, Hairul Anwar Mohamed , usaha tersebut dilakukan bagi menunjukkan bantahan terhadap kekejaman tentera Israel.

“Perhimpunan aman ini dianjurkan bagi membantah tindakan tentera Zionis menyerang penduduk Palestin yang tidak berdosa.

“Ia juga sebagai platform bagi menyatakan kemarahan kami terhadap pihak Zionis iaitu tentera Israel yang dari dahulu sehingga kini tidak sudah-sudah menyusahkan rakyat Palestin,” katanya.

Turut hadir sama, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Syamsul Baharin Ahmad Shibi.

Katanya lagi, beliau dan beberapa NGO lain akan melaksanakan beberapa langkah lain untuk memastikan suara rakyat Malaysia didengari, sekaligus dapat membantu rakyat Palestin.

“Kita akan menghantar memorandum yang mempunyai sembilan ketetapan kepada pihak kedutaan Amerika Syarikat dan kerajaan Malaysia bagi membantah tindakan kejam tentera Zionis tersebut.

“Kita harap suara-suara dari negara kecil dan Islam ini didengari,” ujarnya lagi.

PERAKTODAY25

Beliau juga berharap semua rakyat di Malaysia membantu dalam usaha untuk menghentikan serangan terhadap wilayah Palestin.

“Saya menyeru kepada mereka di luar sana samada di dalam atau luar dari Perak untuk sama-sama menyelar dan membantah perbuatan dan serangan yang dilakukan oleh tentera Israel,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri Perak serta beberapa NGO lain telah melancarkan tabung Save For Gaza untuk menyalurkan kepada penduduk di sana melalui tabung Aman Palestin.

Hairul juga telah menyatakan sembilan ketetapan yang ingin diusulkan kepada pihak yang berkenaan dalam membantu Wilayah Palestin bebas daripada cengkaman keganasan Israel.

Perhimpunan tersebut turut disertai oleh 40 penunggang motosikal berkuasa tinggi yang mewakili beberapa kelab motosikal tempatan.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");