Berita Hari Ini

6,015 ahli skuad pengguna jadi perisik KPDNKK

Kuala Lumpur: Seramai 6,015 ahli skuad pengguna akan membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur memantau harga barang di ibu negara sepanjang musim perayaan ini.

Pengerusi Bersama Gerakan Pengguna Negeri Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, Datuk Rahim Baba berkata, kerja pemantauan bermula semalam sehingga 5 Ogos 2014.

Menurutnya, skuad itu turut melakukan pemantau pada hari biasa dan semua maklumat akan terus disalurkan kepada pegawai KPDNKK.

“Bagaimanapun, tumpuan lebih diberikan ketika musim perayaan bagi mengelak peniaga mengambil kesempatan,” katanya selepas pelancaran skim kawalan harga musim perayaan di Pasar Chow Kit, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur Rosli Ahmad.

Katanya, 6,015 ahli skuad pengguna itu akan berperanan sebagai perisik untuk menyalurkan maklumat kepada KPDNKK bagi mengesan peniaga yang suka mengambil kesempatan.

“Sekiranya kita menerima maklumat dan maklumat itu benar, tindakan tegas akan diambil kepada peniaga terbabit,” katanya.

Rahim berkata, hasil pemantauannya di pasar itu semalam mendapati hampir keseluruhan peniaga mematuhi peraturan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pada barang kawalan.

Peniaga yang melakukan kesalahan boleh didakwa mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan iaitu maksimum RM100,000 bagi mereka yang menjual barangan terkawal melebihi harga maksimum.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");