Membawang Hari Ini

ADVERTORIAL: Hercules pengembara upahan cekal

hercules

Baik layar perak mahupun TV, sudah berpuluh karya filem, telefilem, animasi dan drama bersiri dihasilkan mengenai Hercules.

Antara pelakon yang pernah menghidupkan watak ternama yang terkenal dengan kekuatannya ini termasuk Arnold Schwarzenegger, Kevin Sorbo, Lou Ferrigno dan Steve Reeves.

Figura berkenaan kini diberikan nafas baru oleh Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock menerusi arahan Brett Ratner.

Biarpun berstatuskan seorang demi-god, anak kepada Zeus dan Alcmene ini dihantui zaman silamnya, menyebabkan dia membawa diri sebagai pengembara upahan bersama sekumpulan pengikut, dan tidak segan menawarkan khidmatnya untuk ganjaran yang lumayan.

Bagaimanapun, Hercules tidak dapat ‘melarikan diri’ buat selamanya.

Perang saudara di Thrace semakin menjadi-jadi dan memerlukan campur tangannya, lebih-lebih lagi bila Raja Thrace dan puterinya datang meminta pertolongan.
Dalam kempennya menghentikan pertumpahan darah di sana, Hercules akan berdepan dengan dugaan dan cabaran terbesarnya.

Menurut Johnson, “Sudah terlalu lama saya mengimpikan peluang untuk membuat sebuah filem tentang Hercules.

Dia seorang watak yang menjadi inspirasi buat ramai orang termasuk diri saya. Tetapi kali ini, kami mahu mempersembahkan Hercules yang belum lagi ditampilkan kepada penonton.

Di dalam filem ini, penonton bakal melihat Hercules yang kini orang buangan, hidupnya penuh dengan sesalan.

Obsesinya sekarang hanyalah wang emas.”

“Apa yang berlainan tentang Hercules kami adalah dia seorang lelaki biasa yang telah menolak kebenaran bahawa dia anak seorang tuhan Greek,” tambah Ratner.

“Setiap legenda bermula dengan sebuah kisah benar dan ketika membaca skrip yang berdasarkan novel grafik ‘Hercules – The Thracian Wars’ karya penulis komik Steve Moore, apa yang mengagumkan saya adalah ia begitu realistik.

“Itulah yang saya mahu hidupkan di layar perak. Ini sebuah kisah yang penuh dengan aksi, lawak dan pertempuran yang menakjubkan tetapi saya juga berharap penonton akan keluar dari panggung merasai kekuatan kepercayaan Hercules.”

‘Hercules’ turut dibintangi Ian McShane, Rufus Sewell, Joseph Fiennes, Peter Mullan, John Hurt, Aksel Hennie, Ingrid Berdal, Reece Ritchie, Tobias Santelmann. Rebecca Ferguson, Isaac Andrews dan Irina Shayk.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");