Jenayah

Aidilfitri sunyi sepi

mualaf

Kuala Lumpur: Hampir tiga tahun memeluk Islam, namun seorang wanita mualaf kelahiran Sarawak Nur Hidayah Sofia Abdullah, 23, tidak pernah merasa kenikmatan menyambut Aidilfitri kerana dia tidak mempunyai keluarga angkat untuk menyambut hari raya bersama-sama.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, tidak seperti orang lain, dia memeluk Islam di Sarawak tanpa ditemani sesiapa, cuma berjumpa hamba Allah yang kebetulan sudi menjadi saksi dia bagi memeluk Islam.

“Selepas itu, saya berhijrah ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama rakan sekampung,” katanya.

Nur Hidayah atau nama asalnya Marini Boniface berkata, memang setiap kali hari raya, ada rakan mengajaknya beraya bersama.

“Namun, saya segan untuk pulang ke kampung mereka. Kebiasaannya hari raya pertama, saya cuma duduk memerap di rumah saja,” katanya.

Nur Hidayah berkata, dia bersyukur dapat menikmati amalan berpuasa di bulan Ramadan.

Katanya, ketika tahun pertama berpuasa agak suka baginya untuk menahan lapar dan dahaga, bagaimanapun masuk tahun kedua dan ketiga, ibadat itu dilalui dengan lebih lancar.

Menurut Nur Hidayah Sofia, kebiasaannya dia berbuka puasa dengan rakan sekerja atau serumah.

“Dulu saya tinggal bersama rakan sekampung yang berlainan agama dan mereka juga kadang-kala berbuka bersama saya. Kini saya pindah ke rumah rakan sekerja beragama Islam dan lebih gemar berbuka di rumah jika tidak bekerja,” katanya.

Menurutnya, dia masih lagi mengunjungi rakan sekampungnya yang berlainan agama dan jika ada masa terluang dia akan menghabiskan masa bersama mereka.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");