Laporan Eksklusif

Aku hilang ‘superhero’

harbindh kaur

Kuala Lumpur: Seluruh negara masih tersentak dan diselubungi kesedihan berikutan tragedi pesawat penerbangan MH17 yang mengorbankan 298 nyawa penumpang dan anak kapal di timur Ukraine, Khamis lalu.

Rakyat Malaysia pula tidak henti-henti meluahkan meluahkan perasaan mereka selain berkongsi kata-kata semangat dengan keluarga mangsa.

Antara yang menggunakan laman sosial untuk meluahkan perasaan sedih dan rindu ialah Nur Diyana Yazeera Yazli, 15, anak perempuan tunggal pramugari MH17 Dora Shahila Kassim.

Sejak dua hari lalu, melalui akaun Instagram miliknya, Diyana banyak memuat naik gambar dia bersama ibunya serta mesej yang menyatakan dia sudah kehilangan ‘superhero’ dalam hidupnya.

“Semua orang terkejut dengan kehilangan mummy tapi apa boleh buat, Allah lebih sayangkan mummy. Kasih sayang saya juga tidak setanding dengan kasih sayang Allah.

“Mummy mungkin susah di dunia, tapi InsyaAllah mummy senang sangat masa akhirat nanti. Saya sayangkan mummy dan akan sentiasa berdoa untuk mummy,” tulisnya.

Di laman Twitter pula, Diyana yang menggunakan nama @DiyanaYazeera menulis mesej ‘Ya Allah please grant my mother Jannah. Please. Amin’ (Ya Allah, kurniakanlah syurga buat ibuku..Amin).

Pelajar tingkatan tiga Kolej Tunku Kursiah, Seremban itu juga menerima banyak kata-kata semangat daripada rakan serta pengguna Instagram dan Twitter dari seluruh dunia.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");