Sukan Hari Ini

Amalaha gah lakar sejarah

amalaha

Juara Afrika, Chika Amalaha dari Nigeria yang baru berusia 16 tahun memenangi pingat emas dalam kategori 53kg angkat berat wanita di Sukan Komanwel Glasgow, kelmarin.

Amalaha melakukan angkatan 85 kilogram (kg) dalam snatch sebelum mengangkat bebanan 111kg (clean and jerk) untuk jumlah keseluruhan 196kg sekali gus menjadikan dirinya pemenang pingat emas termuda Sukan Komanwel. Atlet Papua New Guinea Dika Toua meraih perak di Auditorium Clyde dengan jumlah keseluruhan 193kg (82kg + 111kg) tatkala gangsa diraih Santoshi Matsa (India) dengan 188kg (83kg + 105kg).

Pujuk mereka

“Saya sangat-sangat gembira,” kata Amalaha. “Saya tidak datang ke sini untuk mencari emas sebenarnya dan hanya mahu memecahkan rekod peribadi saya sahaja. Saya sangat gembira kerana dapat pulang dengan emas dalam Sukan Komanwel pertama saya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");