Jenayah

Asuhan arwah ibu

kembar

Puchong: Kira-kira 16 tahun lalu, Ahmad dan Muhammad dilahirkan sebagai pasangan kembar Siam yang bercantum di bahagian dada hingga punggung, namun kini kedua-dua mereka sudah ‘terpisah’ dan melalui usia remaja seperti rakan sebaya lain.

Ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Tengah, dekat sini, Ahmad dan Muhammad begitu berbeza berbanding ketika menjadi tumpuan media pada tahun 2002 apabila mereka kini semakin matang dan boleh berdikari.

“Sudah banyak perkara yang kami uruskan sendiri tanpa bantuan ayah atau ummi,” kata Ahmad.

Menurut mereka yang kini berusia 16 tahun, sejak kematian ibu kandung Asiah Kanda akibat barah dua tahun lalu, mereka kini tidak kekok untuk melakukan kerja rumah seperti mengemas, membasuh pinggan, menukar lampin dan menjaga adik kerana sudah didisiplinkan oleh arwah ibu.

Katanya, walaupun tempat arwah ibu kandungnya sudah diganti, namun mereka tidak mahu menyusahkan Junaidah Awang, 38, yang dipanggil ummi kerana mahu menjadi contoh terbaik kepada adik-adik.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");