Jenayah

Bapa tiri, ibu didakwa dera anak

mahkamah 1

SHAH ALAM – Seorang juruteknik syarikat penerbangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan mendera anak tirinya yang dekat sini, sejak awal tahun ini.

Hairulnizam Hamid, 36, didakwa mendera anak tiri lelaki dan perempuan masing-masing berumur 12 dan sembilan tahun di sebuah rumah di Seksyen U16, Taman Bukit Subang, Shah Alam.

Perbuatan itu didakwa dilakukan sekitar Januari sehingga Mei 2014.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syaikimah Ibrahim mencadangkan kepada mahkamah RM15,000 sebagai jaminan.

Bagaimanapun, Hairulnizam yang diwakili peguam bela, M Hafiz Zainol Abidin memohon agar mahkamah membenarkan wang jaminan yang rendah atas faktor kurang berkemampuan.

“Saya dimaklumkan, keluarga tertuduh yang hadir pada hari ini hanya sediakan RM2,000 untuk jaminan,” katanya.

Majistret, Norshakinah Ahmad Kamarudin membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, ibu mangsa, turut didakwa atas dua pertuduhan yang sama.

Puteri Narizah Abd Aziz, 35, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan fakta kes, dia didakwa mendera dua anaknya di alamat yang sama.

Perbuatan itu dilakukan sekitar Januari sehingga Mei 2014.

M Hafiz yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan jaminan yang rendah memandangkan anak guamnya mempunyai masalah kesihatan dan perlu mendapatkan rawatan setiap bulan.

“Selain itu, dia juga perlu menjaga dua anaknya yang lain,” katanya.

Norshakinah membenarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin.

Sebagai syarat tambahan, kedua- dua tertuduh diarahkan melaporkan diri ke balai polis berhampiran setiap bulan dan dilarang mendekati mangsa.

Mahkamah menetapkan 29 Ogos ini sebagai sebutan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");