Sukan Hari Ini

Beasley tidak curiga

azizul

Malaysia dijangka mampu memenangi pingat emas dalam acara pecut berbasikal pada Sukan Komanwel di sini, namun jurulatih kebangsaan, John Beasley tidak mahu skuadnya terlalu yakin.

Skuad negara berpeluang cerah meraih emas menerusi penyertaan jaguh keirin, Azizulhasni Awang yang akan berdepan dengan beberapa jaguh dunia dari New Zealand, Australia dan Britain.

“Saya yakin Azizul mampu meraih pingat pada kejohanan kali ini, tetapi warnanya banyak bergantung pada strateginya pada hari perlumbaan.

“Berdasarkan kepada keadaan sekarang, pelumba itu pada tahap terbaik terutama dari segi kecergasan dan daya pecutan. Saya yakin dia tidak akan mengecewakan skuad negara,” katanya pada sidang media di Perkampungan Sukan di sini, semalam.

Ada peluang emas

Turut hadir pengurus pasukan, Datuk Amarjit Singh dan beberapa pelumba negara antaranya, Azizul, Josiah Ng, Rizal Tisin, Mohd Edrus Yunos, Fatehah Mustapha serta Ju Pha Som Net.

Sehubungan itu, Beasley berharap Azizul terus fokus dan tidak memikirkan harapan yang diletakkan di bahunya untuk meraih pingat emas.
Selain Azizul, Beasley turut yakin pelumba lain seperti Rizal, Mohd Edrus, Fatehah dan Som Net, mampu meraih pingat berdasarkan latihan yang diperoleh dan pencapaian mereka dalam beberapa kejohanan kebelakangan ini.

“Persiapan mereka bukan saja untuk menghadapi Sukan Komanwel, malah Sukan Asia Incheon , September ini.

“ Latihan yang mereka lakukan cukup sistematik dalam memastikan memiliki tahap kecergasan dan daya pecutan terbaik. Saya berpuas hati dengan kerja keras mereka selama ini,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");