Sukan Hari Ini

Belum ada jawapan

mhc

Kuala Lumpur: Masih tiada jawapan tepat dari Faizal Saari sama ada mahu kembali beraksi bersama skuad negara terutama di Sukan Asia pada September atau membulatkan tekad untuk mengundur diri.

Teka-teki itu berterusan meskipun selepas penyerang utama negara itu bersemuka dengan Naib Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Nur Azmi Ahmad, semalam bagi meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya.

Turut serta dalam perbincangan itu kapten skuad negara Azlan Misron yang sebelum ini juga menyatakan hasrat untuk berundur, tetapi sudah kembali menjalani latihan bersama skuad negara kelmarin.

Kira-kira sejam selepas berbincang, Faizal yang turut sama dalam sidang media enggan memberi sebarang komen dan menyerahkan segala-galanya kepada Nur Azmi.

Umpama cuba memberikan harapan, Nur Azmi menyatakan beliau yakin Faizal serta Azlan akan beraksi pada pentas Sukan Asia, kejohanan yang cukup penting bagi memburu tiket ke Sukan Olimpik.

“Selepas mendengar masalah mereka berdua, saya sendiri akan berjumpa dengan Presiden (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) untuk menjelaskan aduan mereka.

“Kami perlu bagi masa kepada mereka untuk selesaikan masalah masing-masing. Yang pasti Faizal dan Azlan berjanji akan fokus semula kepada skuad negara.

“Saya juga percaya segala-galanya akan dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.
Nur Azmi berkata, beliau memerlukan masa untuk memujuk Faizal terutamanya agar kembali bersama skuad negara.

“Orang kalau nak kena rujuk pun lama sikit, kes mahkamah pun sampai tiga bulan. Tapi kita tidak mahu Faizal berehat sampai tiga bulan.

“Lepas berehat, dia boleh kembali bersama skuad negara, tapi terpulang kepada jurulatih sama ada nak terima atau tidak,” katanya.

Arena Metro sebelum ini mendedahkan hasrat Faizal untuk bersara selepas pemain negara itu memuat naik gambar surat persaraan ke laman akaun Instagram miliknya.
Alasan yang diberikan Faizal ialah dia tidak puas hati dengan agihan imbuhan diberikan MHC sebelum ini.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");