Sukan Hari Ini

Bolt kritik cara IAAF, USADA hukum atlet

bolt

Kingston: Usain Bolt (gambar) percaya pegawai anti-doping mempamerkan “mesej yang salah dalam sukan”, selepas pelari pecut dari Amerika, Tyson Gay menerima hukuman gantung setahun selepas didapati positif menggunakan steroid anabolik.

“Saya tidak gembira sangat dengan keadaan ini dan bagaimana ia dilakukan,” kata Bolt.

“Saya rasa seseorang seperti Asafa (Powell) digantung selama 18 bulan untuk itu (dadah perangsang stimulant oxilofrine) dan kemudian Tyson Gay dikenakan satu tahun kerana bekerjasama.

Mesej salah

“Saya rasa ia menghantar mesej yang salah dalam sukan ini di mana anda boleh melakukan (doping) tetapi jika bekerjasama dengan kami, hukuman akan dikurangkan,” kata pemegang rekod dunia 100m dan 200m serta pemenang emas enam kali di Olimpik itu.

Hukuman terhadap Gay itu oleh Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA), berakhir pada Jun tahun ini.

Gay yang kembali bersaing pada 3 Jun dan melakukan larian 100m dengan merakam 9.93 saat di kejohanan Liga Lausanne Diamond, adalah pelari kedua terpantas bersama Yohan Blake (9.69s).
Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) dan badan induk olahraga dunia, IAAF, menerima penggantungan penuh kontroversi itu.

“Saya tidak rasa ia adalah cara yang tepat untuk dilakukan kerana anda secara tidak langsung memberitahu yang ada cara untuk keluar, ia adalah cara untuk melawan sistem sedia ada, saya secara peribadi, saya tidak rasa IAAF menanganinya dengan baik. – REUTERS

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");