Jenayah

Bookie Piala Dunia 2014 ditahan

rampasan 2

JOHOR BAHRU – Polis Johor melakukan 435 serbuan dan pemeriksaan dalam Operasi Khas Ops Soga sepanjang berlangsungnya kejohanan bola sepak Piala Dunia 2014 sepanjang 13 Jun hingga 15 Julai lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, daripada serbuan itu, seramai 1,147 individu diperiksa dan hasilnya, 99 lelaki dan dua wanita berusia antara 20 hingga 60 tahun ditangkap.

“Kesemua 101 individu itu ditangkap kerana disyaki terlibat sebagai ejen atau bookie kepada sindiket pertaruhan.

“Hasil serbuan tersebut, polis menumpaskan sindiket terlibat dengan jumlah nilai pertaruhan sebanyak RM5.3 juta selain merampas wang tunai berjumlah RM180,999 dan S$11,598,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini semalam.

Beliau berkata, sebanyak 38 buah komputer dan tablet, 91 buah telefon bimbit dan sejumlah rekod pertaruhan turut dirampas.

Sementara itu, Mohd Mokhtar berkata, polis menahan dua lelaki masing- masing berusia 31 dan 38 tahun sekitar jam 1 pagi pada 11 Julai lalu dalam serbuan di Taman Universiti, Skudai, di sini, kerana disyaki terlibat dalam beberapa siri kes samun.

“Dalam serbuan ini, polis merampas dua buah kereta Toyota Estima, sebuah kereta Mini Cooper, sebilah parang, dua bilah pedang samurai, satu ‘air riffle’ berwarna hitam bersama satu kelopak dan satu pistol angin bersama satu kelopak.

“Selain itu, dua lastik buatan sendiri, tiga buah telefon bimbit, dua allen key yang ditajamkan, dua walkie talkie dan tiga utas jam tangan turut dirampas,” katanya.

Mohd Mokhtar berkata, kedua-dua suspek direman sehingga 22 Julai.

Katanya, kejayaan itu membolehkan polis menyelesaikan 12 kes samun di Johor Bahru Utara dan lima kes pecah rumah di Nusajaya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");