Membawang Hari Ini

Casillas harus bertanggungjawab

iker

BEKAS pemain Brazil dan Real Madrid, Roberto Carlos menyebut Iker Casillas sebagai orang yang paling bertanggungjawab atas kegagalan Sepanyol di Piala Dunia 2014.

Menurutnya, penjaga gawang merupakan elemen penting sebuah pasukan yang tidak boleh melakukan kesalahan dan Casillas gagal menunjukkan kriteria bersama La Roja sejak kebelakangan ini.

“Ada dua orang di atas padang yang tidak boleh melakukan kesalahan iaitu penyerang dan penjaga gol. Jika mereka membuat kesalahan, pasti dikritik habis-habisan.

“Iker harus bertanggung jawab. Sebagai seorang teman, saya ikut menyesal untuk dirinya dan untuk pasukan, namun anda harus terus meningkatkan penampilan kerana dalam bola sepak kita tidak hidup di masa lalu,” katanya.

Sepanyol tersingkir daripada Piala Dunia sebagai juara bertahan, selepas kalah dua kali tewas secara berturut-turut dalam saingan Kumpulan B.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");