Jenayah

CCTV rakam lelaki ceroboh pejabat

rakaman cctv

KLANG – Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan minta polis mengambil tindakan segera terhadap seorang lelaki yang disyaki menceroboh masuk ke pejabatnya, Khamis lalu.

Menurutnya, seorang lelaki dikesan masuk ke pejabatnya menerusi rakaman CCTV yang diperoleh semalam dan rakaman itu sudah diserahkan kepada polis.

“Menerusi CCTV ini, seorang lelaki umur lingkungan 40an mundar-mandir di pekarangan pejabat sekitar jam 6.11 pada hari kejadian.

“Kira-kira jam 6.13 pagi dia membuka pintu dan naik ke pejabat saya. Selang 25 minit kemudian dia keluar dari pejabat,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di pejabatnya, di Klang Sentral, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan raut wajah lelaki itu beliau yakin pernah berdepan dengannya.

Walaupun tiada barangan diambil lelaki berkenaan, namun beliau bimbang kerana ia membabitkan pencerobohan di pejabatnya selaku wakil rakyat.

“Kesannya kepada saya dan kakitangan di sini, terutama dari segi risiko keselamatan,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Meru, semalam.

Manivanan berkata, pihaknya berharap polis dapat menahan lelaki itu segera bagi tindakan lanjut.

Katanya, jika lelaki itu gagal ditahan, pihaknya akan menyebarkan 500 keping gambar CCTV berkenaan di seluruh Parlimen Kapar dengan kerjasama orang ramai.

“Saya yakin orang ramai dapat membantu saya menyalurkan maklumat berkenaan lelaki itu yang disyaki orang tempatan,” katanya.

Khamis lalu, pejabat Manivanan di No 4-1 Jalan Klang Sentral 2/KU 5, Klang Sentral, Meru, di ceroboh bagaimanapun tiada barangan berharga dilaporkan hilang.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");