Berita Hari Ini

Tiga cedera dalam larian lembu jantan

SEEKOR lembu jantan tersebut terjatuh semasa mengejar para peserta larian haiwan itu:-

LLAMELLI, Wales – Satu rakaman kamera keselamatan merakamkan gambar imej putih di dalam sebuah pub di sini, lapor Irish Mirror semalam.

Pemilik pub itu, David Langley-Evans, 49, berkata, pada mulanya dia tidak percaya kewujudan imej tersebut apabila pertama kali melihatnya menerusi rakaman kamera itu.

Namun, selepas melihat rakaman tersebut, dia mahu pakar-pakar makhluk halus membuat kajian bagi mengenal pasti imej itu.

Rakaman kamera keselamatan itu menunjukkan imej tersebut muncul dengan tiba-tiba dan bergerak ke arah meja kopi di dalam pub berkenaan.

Langley-David dan isterinya menganggap kejadian itu merupakan salah satu siri ganjil yang dialaminya.

“Saya telah melihat imej itu dengan mata saya sendiri. Kini, saya mempunyai bukti dan orang ramai mula mempercayai saya,” katanya.

Menurutnya, dalam tempoh 10 tahun lalu, dia telah menyaksikan pergerakan benda-benda ganjil di dalam pubnya.

“Saya kerap menghiburkan para tetamu kami dengan pengalaman yang ganjil dan indah. Saya mendengar bunyi, lihat cahaya ganjil dan benda-benda ganjil lain.” tambahnya.

Isteri, Langley-David, Christina berkata, terdapat bunyi-bunyi ganjil pada waktu malam di tangga pub tersebut.

Namun, katanya, apabila disiasat, tiada seorang pun manusia yang berada di kawasan tersebut.

– Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");