Membawang Hari Ini

‘Cerita Korea’ tema lebaran

filem raya

Sejak beberapa tahun lalu, fenomena budaya masyarakat Korea Selatan atau K-Pop membawa pengaruh besar terhadap industri muzik, fesyen termasuk perwatakan rakyat Malaysia terutama golongan muda.

Malah, negara itu juga antara destinasi pelancongan kegemaran rakyat tempatan berikutan tertarik dengan lokasi menarik yang dipaparkan menerusi drama serta rancangan Korea Selatan.

Syarikat produksi tanah air juga tidak ketinggalan dalam trend ini dengan menghasilkan program travelog, filem dan drama yang berlatarkan suasana di negara itu.

Justeru, sempena Aidilfitri ini, Primeworks Studio me­ngambil inisiatif untuk menerbitkan dua telefilem berjudul Kimchi Raya dan Opps Terlebih Pulak yang menampilkan budaya K-Pop serta lokasi menarik di Korea Selatan.

Kedua-dua telefilem itu diarahkan pengarah pengalaman, Nizam Zakaria dan berkonsepkan komedi yang sudah tentu seronok ditonton bersama keluarga nanti.

Saksikan gelagat lucu barisan pelakon popular Nad Zainal, Syahrul Ridzwan, Norish Karman dan Shah Iskandar menerusi Kimchi Raya yang bakal disiarkan di TV9 pada hari raya kedua, jam 12.30 tengah hari.

Telefilem Opps Terlebih Pulak yang dibintangi Nad Zainal, Syahrul Ridzwan, Uqasha Senrose dan Hairi Anak Wayang disiarkan di stesen televisyen sama selepas perayaan.

Mengulas mengenai pembikinan telefilem itu, Nizam berkata, penggambaran dilakukan di beberapa lokasi menarik di Seoul yang belum dipaparkan mana-mana program kepada penonton negara ini.

“Korea Selatan dipilih kerana ia destinasi pilihan pelancong terutama dari Malaysia. Kebanyakan pelancong ingin melawat negara itu selepas tertarik dengan kecantikan dan budaya masyarakat negara itu,” katanya.

Namun, kata Nizam, dia berdepan cabaran kerana perlu mencari lokasi menarik sebelum berlepas ke negara itu pada awal Jun lalu.

“Sebelum ini, kru Primeworks ada menunjukkan beberapa lokasi dan saya turut mencadangkan beberapa tempat lain yang ingin ditunjukkan kepada penonton.

“Bagi cuaca pula, kami tiada masalah kerana kerja peng­gambaran dilakukan pada musim panas,” katanya.

Katanya, kerja penggambaran kedua-dua telefilem itu masing-masing mengambil masa lapan hari di Kuala Lumpur dan Seoul.

“Kami berlepas ke Seoul pada 1 Jun lalu untuk me­nyelesaikan penggambaran beberapa babak bagi telefilem berkenaan di negara itu,” katanya.

Menurut Nizam, telefilem itu juga akan menampilkan kemunculan beberapa pelakon Korea yang memegang watak kecil.

“Memandang­kan Kimchi Raya bertemakan Aidilfitri, kami menunjukkan bagaimana Muslim dari Malaysia berbuka puasa dan menyambut perayaan itu di perantauan. Selain itu, penggambaran juga bertempat di sebuah masjid terkenal di Seoul,” katanya.

Sementara itu, Nizam berkata pelakon tidak berdepan masalah keliru dengan skrip walaupun membintangi dua telefilem secara serentak.

“Pelakon tidak serabut kerana membahagikan masa penggambaran, jadi saya pun tiada masalah ketika mengarahkan kedua-dua telefilem berkenaan,” katanya.


Sinopsis Kimchi Raya

Mengisahkan Jihan (Nad Zainal), kerani di sebuah syarikat agensi pelancongan yang sangat meminati rancangan dan drama Korea.

Gadis itu sentiasa berangan-angan untuk menyambut Aidilfitri di Korea Selatan dan impian itu menjadi kenyataan apabila dia memenangi tiket penerbangan ke Korea Selatan selepas menyertai satu pertandingan.

Kebetulan pula tarikh penerbangan ke negara itu pada Syawal. Ketika bercuti di Korea, Jihan bertemu seorang lelaki kacukan Melayu-Korea bernama Kang Gary (Syahrul Ridzwan) yang putus cinta.

Namun selepas berkenalan, Jihan lama-kelamaan jatuh cinta dengan Kang Gary.


Sinopsis Opps Terlebih Pulak

Adrie (Syahrul Ridzwan) terpaksa menerima hakikat isterinya, Thia (Uqasha Senrose) menyambung pengajian di Korea.

Ketika berada di negara itu bersama isterinya, Adrie bertemu Murni (Nad Zainal) yang kemudian mengajarnya menguasai bahasa Korea.

Gadis itu juga ingin mengubah penampilan Adrie mengikut gaya jejaka di negara berkenaan.

Namun, hubungan akrab kedua-dua rakan itu menyebabkan Thia cemburu, seterusnya timbul konflik antara pasangan suami isteri terbabit.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");