Sukan Hari Ini

Chelsea buru Khedira

khedira

CHELSEA menyertai pemburuan untuk mendapatkan bintang Piala Dunia Jerman, Sami Khedira selepas ejen pemain Real Madrid itu mendedahkan tiada sebarang perjanjian dicapai bersama Arsenal.

Pengendali Chelsea, Jose Mourinho yang sudah memperoleh khidmat pemain Atletico Madrid, Filipe Luis dikatakan mula mengalihkan tumpuannya untuk mendapatkan pemain tengah Jerman itu yang juga bekas pemainnya ketika di Madrid.

Arsenal dikatakan sudah mencapai persetujuan dengan yuran £20 juta (RM109.1 juta) bersama Real untuk mendapatkan pemain berusia 27 tahun itu ke Emirates namun bergelut untuk memenuhi permintaan gaji £180,000 (RM982,420) seminggu.

Khedira adalah pemain pilihan Mourinho ketika mengemudi Real dan dia dipercayai sedang cuba untuk memujuk Khedira ke Stamford Bridge.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");