Jenayah

Denda RM1,500 miliki rokok tidak sah

Ipoh: Seorang pemilik kafe siber didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam selepas mengaku bersalah memiliki rokok pelbagai jenama yang kesemuanya adalah barangan larangan import.

Tertuduh Muhammad Faruqu Hamzah, 57, didapati memiliki barangan larangan bernilai RM150 itu di kafe sibernya yang beralamat di Panorama Lapangan Perdana, di sini pada 1 Julai lalu.

Berdasarkan fakta kes, pada tarikh berkenaan kira-kira jam 3 petang, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) cawangan Ipoh, melakukan serbuan di premis perniagaan tertuduh.

Ketika serbuan dibuat, seorang wanita yang juga isteri kepada tertuduh berada di kafe siber itu, manakala tertuduh berada di luar negara dan hasil pemeriksaan berjaya menemui 15 karton rokok pelbagai jenama yang juga adalah barang larangan import.

Muhammad Faruqu yang diwakili peguam Ashwin Kumar kemudian mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 135 (1)(d)Akta Kastam 1967 dengan pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Suhaima Mohd Nor.

Dalam rayuannya, tertuduh meminta dikenakan hukuman ringan kerana hanya mempunyai pendapatan melalui perniagaan kafe siber yang sejak kebelakangan ini mengalami kerugian, selain terpaksa menanggung tiga anak yang kesemuanya masih belajar.

Pegawai Pendakwa Kastam Nur Izyani Ismail, bagaimanapun meminta mahkamah mengenakan hukuman maksimum kerana kesalahan dilakukan tertuduh menyebabkan ketirisan cukai, sekali gus menyebabkan kerugian besar kepada pendapatan negara.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");