Berita Hari Ini

Denggi makin membimbangkan

SEGAMAT – Berikutan masalah demam denggi di negara ini yang semakin membimbangkan, satu mesyuarat ‘task force’ yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diadakan, Isnin ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, mesyuarat pertama kali ini bertujuan menyelaraskan kegiatan semua portfolio kementerian serta agensi kerajaan yang akan bertanggungjawab dalam mencegah denggi.

“Ini kerana ada sesetengah tempat, walaupun Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bertanggungjawab mencegah denggi, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga tidak seharusnya melepaskan tangan.

“Sekiranya kesemua agensi tidak menjalankan kerja dan tanggungjawab mereka, apa dilakukan kita sama ada dari segi promosi dan pencegahan tidak berkesan dan mencukupi. PKD tidak boleh lakukan semuanya secara sendiri,” katanya.

Subramaniam berkata, dari segi kawalan dan pemeriksaan tempat pembiakan akan dilakukan PKD, manakala pembersihan longkang dan pungutan sampah dilakukan PBT di kawasan masing-masing.

“PKD dan PBT perlu gerak bersama dan jika salah satu tidak melakukan kerja, beban dihadapi lebih besar,” katanya selepas merasmikan Program Jom Sihat Sempena Ramadhan 1 Inisiatif Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) dan majlis berbuka puasa di Masjid Buloh Kasap, kelmarin.

Turut hadir, Pegawai Kesihatan Daerah Segamat, Dr Mokhtar Ahmad; Pengarah Hospital Daerah Segamat, Dr Aman Rabu dan Ketua Umno Bahagian Segamat, Zahari Sarip.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");