Jenayah

Dijel seminggu curi 5 tin susu

Kota Bharu: Seorang lelaki berusia 43 tahun dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas kesalahan mencuri lima tin susu pekat berharga RM15 dari sebuah kedai runcit di Kubang Kerian, minggu lalu.

Majistret Nik Habri Muhamad membuat keputusan itu selepas tertuduh, Abdullah Zawawi Yahya, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, Abdullah Zawawi didakwa mencuri lima tin susu pekat pelbagai jenama berharga RM15 dari sebuah kedai runcit di Sri Pauh Panji, Kubang Kerian pada jam 7.15 malam, 14 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua boleh dipenjara, sebat dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noordayana Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, ketika ditanya Nik Habri sebab dia mencuri, Abdullah Zawawai mengaku ia untuk dijual semula bagi membeli dadah.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");