Berita Hari Ini

Doa untuk penumpang, anak kapal MH17

pesawat

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan harapan dan doa beliau terhadap para penumpang dan anak kapal MH17 yang dilaporkan terhempas di
Ukraine berdekatan sempadan Rusia.

“Harapan dan doa saya untuk para penumpang dan anak kapal Penerbangan MH17,” katanya dalam tweet beliau hari ini.

Agensi berita antarabangsa melaporkan sebuah pesawat penumpang Malaysia Boeing 777 yang membawa 295 penumpang dan anak kapal terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

MAS dalam tweet terbaharunya menyatakan ia telah terputus hubungan dengan pesawat itu dan kedudukan terakhir penerbangan itu ialah di runag udara Ukraine. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");