Jenayah

Dua penjenayah berjaya diberkas

pnjenayah

SERI ISKANDAR – Seorang lelaki dicekup polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Perak Tengah di Sungai Badak, Mukim Kota Setia ketika sedang mengutip hutang hasil jualan dadahnya.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, pihaknya mengintip kegiatan lelaki berusia 46 tahun itu sehingga tertangkapnya suspek pada kira-kira jam 2.30 petang, 23 Julai lalu,

“Pada mulanya, lelaki itucuba lari tetapi pihak kami berjaya memberkasnya dan turut menjumpai serangkai kunci kenderaan bersamanya.

“Hasil pemeriksaan air kencing, dia didapati positif metafitamin. Pihak kami memeriksa keretanya dan menjumpai sepucuk pistol yang berisi lima biji peluru manakala 10 biji peluru lagi berada di tempat berasingan selain turut menemui dadah jenis Syabu seberat 0.17 gram dipercayai untuk kegunaan dirinya serta duit berjumlah RM2,240,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, lelaki yang berasal dari Kuala Selangor itu pernah ditahan polis dan dipenjarakan selama dua tahun enam bulan kerana memiliki pistol pada 2010.

“Selepas setahun keluar dari penjara, dia kembali aktif mengedar dadah di tiga lokasi utama iaitu di sempadan Teluk Intan, Sabak Bernam dan juga sekitar Seberang Perak.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang warga asing yang aktif melakukan jenayah pecah rumah di sekitar Seri Iskandar sejak 2011 berjaya diberkas polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah Perak Tengah ketika serbuan 22 Jun lalu.

Mohamad Fakri berkata, ketika serbuan pada kira-kira jam 5.30 petang di rumah suspek di Seri Iskandar itu, pelbagai jenis barangan yang dipercayai hasil kegiatan pecah rumah ditemui.

Menurutnya, polis dapat mengesan kegiatan lelaki berusia 28 tahun itu hasil daripada pemeriksaan cap jari yang sepadan dengan suspek.

“Suspek menjadikan rumah-rumah sewa pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di sekitar kawasan Seri Iskandar sebagai sasaran untuk mencuri pelbagai barangan termasuk komputer riba, kamera, telefon bimbit dan barang kemas.

Beliau berkata, suspek adalah pengusaha kedai membasuh kereta di Seri Iskandar dan polis tidak menolak kemungkinan kedai berkenaan diusahakan untuk menutup kegiatan jenayahnya.

Mohamad Fakri berkata, dengan tertangkapnya suspek, pihak polis berjaya menyelesaikan enam kes pecah rumah.

“Kita percaya masih ada kegiatan jenayah lain dilakukan suspek dan kita masih menyiasat,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");