Laporan Eksklusif

Dunia Arab Perlu Bantu Penduduk Gaza: Tun Dr Mahathir

Dunia Arab sepatutnya menolong penduduk Gaza di Palestin yang diserang rejim Zionis Israel dan bukannya mengambil sikap berdiam diri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata negara-negara Arab yang majoriti rakyatnya beragama Islam perlu menghulurkan bantuan kepada rakan mereka yang kesusahan termasuk dengan menghantar bekalan makanan dan ubat.

“Amat sedih apabila bekalan makanan dan ubat tidak dapat masuk ke Gaza, disekat oleh negara-negara Arab yang bersempadan dengan Gaza,” katanya ketika ditemui semasa mengunjungi Kompleks Pekan Rabu di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata sikap masyarakat Islam yang bermusuhan sesama sendiri juga menguntungkan musuh Islam yang mengambil kesempatan daripada kelemahan itu.

Selain itu, katanya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) tidak mempunyai fungsi untuk membantu penduduk Gaza yang diserang rejim Zionis Israel sejak sekian lama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");