Sukan Hari Ini

Enggan letak harapan tinggi

badminton wanita

Kuala Lumpur: Pemain beregu wanita negara, Vivian Hoo tidak mahu meletak harapan terlalu tinggi di Sukan Komanwel 2014 Glasgow, sebaliknya dia hanya mensasarkan sekurang-kurangnya untuk membawa pulang satu pingat tidak kira warna.

Menurut pemain kelahiran Kuala Lumpur itu, dia berharap dapat beraksi baik di temasya empat tahun sekali itu walaupun itu aksi pertamanya di Sukan Komanwel.

“Setakat ini semua persiapan berjalan lancar, saya harap sekurang-kurangnya memenangi pingat tidak kira apa warna sekali pun,” katanya yang akan bergandingan dengan Woon Khe Wei di Glasgow nanti.

Sebelum ini, jurulatih mereka, Rosman Razak yakin anak buahnya itu mampu menghadiahkan pingat emas jika menampilkan persembahan seperti di Sukan SEA 2013.

Pada temasya dwitahunan itu, Vivian dan Khe Wei mengejutkan pasangan Indonesia yang juga pilihan utama kejohanan, Nitya Krishinda Maheswari-Greysia Polii untuk meraih pingat emas.

“Saya rasa pada saingan kali ini semua negara mempunyai peluang 50-50 untuk meraih emas termasuk kami,” katanya yang merujuk kepada pasangan dari India, Singapura dan Australia.

Vivian, 24, mengakui sekarang perasaannya bercampur baur, sebelum berangkat bersama pemain lain ke Glasgow, Ahad ini.

“Saya rasa berdebar selain teruja,” kata Vivian yang sekarang ini menduduki ranking ke-18 dunia, kedua terbaik dalam kalangan negara Komanwel.

Pesaing terdekat mereka adalah pasangan dari Singapura, Shinta Mulia Sari-Yao Lei yang menduduki ranking ke-15 dunia.

Acara beregu wanita yang akan berlangsung di Emirates Arena, Glasgow, akan bermula Khamis depan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");