Sukan Hari Ini

FAM yakin ‘nakhoda’ Dollah

afandi 1

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) yakin barisan kejurulatihan baharu skuad Harimau Malaya yang diumumkan mampu mengangkat kembali martabat skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, beliau optimis Ketua Jurulatih, Dollah Salleh mempunyai sebab-sebab tersendiri untuk memilih ‘orang baharu’ bagi membantunya dalam mengemudi skuad negara.

“Kita menaruh kepercayaan tinggi kepada Dollah dan rakannya untuk sama-sama melaksanakan segala perancangan yang perlu bagi mengembalikan maruah bola sepak negara.

“Langkah Dollah memilih individu berkenaan adalah pilihan yang terbaik dan saya yakin mereka mampu bekerja secara pasukan demi negara,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Badan induk bola sepak kebangsaan dua hari lalu mengumumkan pelantikan bekas pemain kebangsaan, Reduan Abdullah sebagai Penolong Jurulatih 1, Wan Mustaffa Wan Ismail (Penolong Jurulatih 2) selain Omar Salim selaku Jurulatih Penjaga Gol skuad kebangsaan yang baharu.

Menurutnya, Dollah tidak diberikan tempoh tertentu untuk memulihkan reputasi skuad kebangsaan biarpun jurulatih berusia 50 tahun itu bakal menggalas tugasan besar pertamanya pada Piala AFF Suzuki, November ini.

Sementara itu, Afandi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM memaklumkan pihak sekretariat telah meminda tarikh perlawanan Piala Malaysia, pertemuan T-Team menentang Selangor yang sepatutnya berlangsung 14 Ogos sehari lebih awal.

“Sebenarnya pihak sekretariat sedang melihat kembali keseluruhan jadual pertandingan untuk melihat kesesuaian kerana kita sedar pasukan seperti T-Team dan Terengganu terpaksa berkongsi menggunakan stadium yang sama,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");