Membawang Hari Ini

Fantasia bulan madu

fizo mawar

Kesibukan semakin dirasai pelakon kacak Fizo Omar sejak bergelar suami. Pertama kali menyambut Ramadan dengan status baru, Fizo yang memperisterikan anak pengusaha tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim pada Disember tahun lalu turut berkesempatan menyambut Ramadan di rantau orang.

Seminggu berada di Barcelona, Sepanyol, baru-baru ini, percutian atas sebab kerja itu digunakan Fizo untuk membawa bersama isteri tercinta berbulan madu.

Sekembalinya ke tanah air dalam suasana Ramadan, anak jati Kelantan itu berkata, walau sesibuk mana sekali pun, masing-masing tetap mengambil peluang untuk berbuka bersama.

“Seperti semua sedia maklum, saya kini sibuk mengusahakan perniagaan Hot Burger dan serunding manakala isteri sibuk dengan perniagaan tudungnya. Disebabkan terlalu fokus dengan perniagaan, kami memang jarang dapat bersama-sama. Bagaimanapun, kami tetap mencari waktu untuk berbuka kerana ini adalah pengalaman pertama saya menjalani ibadat puasa sebagai suami.

“Bercakap soal sambutan Ramadan dan merasai pengalaman berbuka dan bersahur, bagi saya tiada apa yang berbeza kerana waktu bujang, saya duduk bersama ibu dan adik-adik. Setiap kali waktu berbuka dan sahur, ibu akan masak untuk kami semua.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");