Membawang Hari Ini

Fizo, Mawar kian utuh

kian utuh

Pasangan suami isteri enggan goyah tohmahan orang, tumpu perhatian kembang perniagaan

Kutukan dan tohmahan orang biarpun pedih diterima, namun ia membuatkan hubungan pasangan Fizo Omar, 29, dan isteri tercinta, Mawar Abdul Karim, 25, semakin erat.

Apa yang penting bagi pelakon dan pengacara itu, jangan mudah melatah dan bersikap rasional.

Biarpun terpalit dengan pelbagai kontroversi dalam usia perkahwinan yang baru menjengah lapan bulan, Fizo berkata, dalam tempoh itulah peranannya sebagai insan paling rapat dengan Mawar perlu ditonjolkan.

“Mawar tidak berseorangan dalam mengharungi jerit perih perniagaan termasuk kecaman orang ramai. Ini kerana saya sentiasa di sisi dan setia menjadi tulang belakang.

“Boleh dikatakan setiap hari saya akan menitipkan kata-kata semangat untuknya. Begitu juga dengan keluarga yang banyak memberi sokongan,” katanya kepada HIP.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");