Jenayah

Geng curi motosikal jemaah lumpuh

rangka motorsikal curi

Nibong Tebal: Kumpulan curi motosikal dikenali sebagai Geng Pak Tam lumpuh selepas lima ahli kumpulan itu berusia 18 hingga 25 tahun dicekup polis dalam beberapa siri serbuan sekitar Nibong Tebal bermula 6 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafien Mamat berkata, kumpulan berkenaan dipercayai mula aktif mencuri motosikal sejak Ramadan bermula.

“Walaupun baru sahaja aktif kumpulan ini dipercayai sudah mencuri lebih 18 buah motosikal kemudian dileraikan bagi mendapatkan komponen alat ganti sebelum rangkanya dibuang ke dalam sungai.

“Sasaran utama kumpulan ini lokasi seperti masjid dan surau dengan mencuri motosikal milik jemaah yang sedang khusyuk menunaikan solat Tarawih dan beribadat,” katanya.

Shafien berkata, gerakan sedang dijalankan untuk mengesan beberapa lagi ahli kumpulan berkenaan masih bebas.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");