Jenayah

Geng Mat Punk tumpas

geng pecah rumah

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelesaikan 20 kes kegiatan pecah rumah dan kedai di sekitar bandar raya ini berikutan penahanan tiga lelaki dipercayai Geng Mat Punk pada 14 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Adzaman Mohd Jan berkata, polis berjaya menangkap ketiga-tiga suspek berusia 23, 21 dan 19 tahun yang ditahan kira-kira jam 4 pagi di alamat kediaman berasingan sekitar Kuala Kedah.

“Dengan penahanan tiga suspek ini, kita berjaya menyelesaikan 20 kes pecah rumah dan kedai di sekitar kawasan Kota Setar ini.

“Geng Mat Punk ini yang diketuai Mat Punk (23), Mat Ki (21) dan Dik Shah (19) dipercayai telah bergiat aktif sejak dua tahun lalu dan mempunyai rekod jenayah lampau.

“Geng ini dipercayai melakukan kegiatan mencuri di kedai elektrik di kawasan yang tidak menjadi perhatian umum dankawasan perumahan,” katanya pada sidang media, di ibu pejabatnya, semalam.

Menurutnya, polis telah merampas hasil barangan curi berjumlah kira-kira RM15,000 di kediaman salah seorang suspek.

“Pemeriksaan berjaya menemui 35 item hasil curi iaitu sejumlah tunai, barangan elektrik, telefon bimbit dan sebagainya di rumah Mat Ki,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga suspek ditahan reman selama empat hari bermula 14 Julai sehingga 18 Julai ini untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah.

Beliau juga berkata, dua daripada tiga suspek tersebut juga dipercayai positif dadah jenis methamphetamine.

“Kita juga telah lakukan ujian saringan air kencing dan dua suspek Mat Punk dan Dik Shah positif dadah,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");