Jenayah

Guna pisau rambo tikam polis

pisau rainbow

IPOH – Seorang anggota polis dari Balai Polis Simpang Pulai cedera ditikam dengan pisau rambo ketika menahan seorang lelaki yang dipercayai cuba mencuri kabel telekomunikasi di Bandar Seri Botani di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, pasukan khas terdiri daripada Ketua Balai Simpang Pulai telah menahan seorang lelaki yang sedang memanjat tangga pencawang komunikasi di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pasukan khas ditubuhkan bagi mengesan suspek setelah menerima aduan daripada mangsa berlakunya beberapa kes kecurian kabel di kawasan terbabit.

“Ketika kejadian, anggota berkenaan cedera ditangan kiri ketika berlaku pergelutan semasa  menahan suspek berusia 31 tahun itu. Anggota berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan dan menerima 18 jahitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan serah terima tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah antara Superintendan Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff dan Asisten Superintendan Zulkarnain Samsudin di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah, semalam.

Menurutnya, suspek mengakui telah melakukan 20 kes curi kabel sekitar daerah itu bagi mendapatkan wayar tembaga sebelum dijual kepada seorang wanita yang bertindak sebagai pembeli.

“Susulan daripada soal siasat itu, polis telah menahan seorang lagi lelaki berusia 41 tahun yang turut terlibat dalam pelbagai kes curi kabel di Pekan Razaki dan wania berusia 57 tahun di Kampung Kepayang, Jumaat lalu.

“Kedua-dua suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau disifatkan tidak serik melakukan jenayah walaupun pernah ditahan sebelum ini manakala, wanita terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya.

Chang Keong berkata, pihaknya berjaya merampas kabel berkenaan bernilai lebih RM2,000 bersama pelbagai peralatan mencuri antaranya dua pisau rambo, parang, gergaji dan tong plastik yang mengandungi pelbagai komponen kabel.

“Kesemua suspek ditahan reman sehingga esok (hari ini) untuk disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri.

“Manakala, suspek berusia 31 tahun yang berasal dari Chenderiang, Tapah turut disiasat mengikut Seksyen 332 iaitu mencederakan penjawat awam,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");