Berita Hari Ini

Haji, umrah tak kena GST

gst

KUALA LUMPUR – Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dikenakan kepada pakej penerbangan menunaikan haji dan umrah.

Timbalan Pengarah Unit GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Tan Sim Kiat berkata, ini kerana perkhidmatan yang ditawarkan oleh ejen pelancongan tempatan (LTA) untuk diuruskan bagi pelancongan ke luar negeri hanya akan dikenakan yuran biasa.

“Ini sebagai komisen LTA membantu perjanjian perdagangan bebas (FTA) untuk menawarkan pakej pelancongan ke luar negara. Komisen yang diterima oleh LTA merupakan yang tertinggi,” katanya ketika Persidangan GST Kebangsaan berhubung pelaksanaan GST terhadap tiket penerbangan dan pakej pelancongan, semalam.

Bagaimanapun, katanya, yuran perkhidmatan untuk penerbangan domestik dan antarabangsa akan dilakukan mengikut taraf standard.

“Untuk pelancongan domestik, LTA yang bertanggungjawab menguruskan pakej pelancongan tanpa mengira ia dijual kepada pelancong tempatan atau asing akan dikenakan bayaran standard kepada mereka.

“Jadi LTA akan mendapat komisen dari hotel atau bilik penginapan pelancong berdasarkan bayaran standard yang dikenakan kepada mereka,” ujarnya.

Terdahulu, Pengarah Eksekutif Tax Advisory and Management Services Sdn Bhd (Tams), Yong Poh Chye dilaporkan berkata, semua penerbangan domestik di negara ini bakal dikenakan GST apabila sistem percukaian baharu itu dilaksanakan April tahun depan.

Bagaimanapun, katanya, penerbangan ke luar negara, walaupun daripada syarikat penerbangan Malaysia, tidak akan dikenakan GST kerana GST dikenakan di Malaysia sahaja.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");