Sukan Hari Ini

Hummels Hampiri Old Trafford Dari Borussia Dortmund

PEMAIN pertahanan Jerman, Mats Hummels dilaporkan akan bersama pengurus baharu Manchester United, Louis van Gaal di Old Trafford.

Pemain berusia 25 tahun itu mempamerkan aksi menakjubkan ketika Piala Dunia bulan lalu yang menyaksikan pasukannya menjulang trofi juara di Brazil.

Nilai perpindahah Hummels dari Borussia Dortmund ke United dianggarkan lebih kurang 16 juta pound (RM87 juta).

Selepas membuat pengumuman mengenai pemain baharu yang akan dibeli ini, Timbalan Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward meninggal jelajah United di Amerika Syarikat atas alasan ada ‘urusan besar perniagaan ’.

Ketika jelajah United musim lalu, Woodward juga meninggalkan pasukan dengan alasan ‘perpindahan kecemasan perniagaan’.

United dilihat terdesak mencari pemain pertahanan selepas Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand berpindah ke kelab lain musim baharu nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");