Sukan Hari Ini

Insentif RM1.2 juta sejak tahun 2011!

insentif 1

MHC nafi berhutang RM9,000 dengan penyerang prolifik Faizal Saari

Kuala Lumpur: “Kami sudah beri RM1.2 juta insentif sejak tahun 2011!” Itu tegas Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Nur Azmi Ahmad sekali gus menafikan dakwaan badan induk itu berhutang RM9,000 kepada penyerang prolifik Faizal Saari dan pemain lain yang membantu skuad negara layak ke Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda.

Bagaimanapun, Nur Azmi yang dihubungi mengakui badan induk itu yang diketuai Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pernah berjanji untuk memberi insentif sebanyak RM20,000 kepada setiap pemain.

“Namun dengan syarat mereka mesti meraih tiga tempat terbaik di Liga Hoki Dunia yang berlangsung di Johor Bahru pada tahun lalu, tetapi kesudahannya mereka hanya mengakhiri cabaran di tempat kelima.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");